Tiket konsert paling mahal Faizal Tahir habis terjual


Tiket konsert paling mahal Faizal Tahir habis terjual

Walaupun menjadi rungutan ramai, tiket konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur paling mahal bernilai RM688 (VIP) habis terjual tidak sampai tempoh 24 jam sejak dibuka untuk jualan, semalam.

Penganjur konsert, JioBuddy menerusi perkongsian dalam Facebook memaklumkan tiket konsert bagi Zon Platinum, RM488 juga laris terjual, dengan hanya tiket bagi zon Diamond, RM588 yang masih dibuka untuk jualan.

Sejak mengumumkan peganjuran konsert sulung kelmarin, harga tiket yang ditawarkan menjadi perbualan hangat netizen selepas dikatakan terlalu mahal.



Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Faizal Tahir bakal mengadakan konsert di Dewan Merdeka, World Trade Centre, 2 September depan, selepas 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Di sebalik rungutan ramai mengenai harga tiket, Faizal berjanji untuk memberikan persembahan terbaik di lokasi acara yang mampu memuatkan seramai 2,900 penonton.

Menerusi konsert itu, Faizal bakal mendendangkan seleksi lagu hitsnya daripada lima album termasuk Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin dan Faizal Tahir serta Anatomi & Rojak.

Sebagai tanda kasih buat semua pihak yang mendukung perjalanan kariernya, Faizal merakamkan semula lagu Sampai Syurga yang akan menjadi hadiah atau momen paling berharga untuk diperdengarkan pada malam konsert. Utusan



Tiket konsert paling mahal Faizal Tahir habis terjual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker