TMJ jangan bersara, nanti saya tiada saingan

TMJ jangan bersara, nanti saya tiada saingan

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta tidak bersara awal daripada sukan bola sepak bagi mengelak kekurangan saingan kepada pasukan lain.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata walaupun keputusan itu adalah atas pilihan masing-masing, namun baginda masih diperlukan dalam arena bola sepak negara.



“Bersara atau tidak, itu pilihan masing-masing. Orang bersara dah tua, tapi kalau muda lagi, hendak bersara apa?

“Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. Nanti saya tidak ada saingan pula,” katanya selepas perhimpunan penjawat awam Kedah di Dataran Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Kelmarin, Tunku Ismail melalui akaun Instagram miliknya, menyatakan hasrat bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya JDT kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu. Bagaimanapun malam tadi skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan KL City FC 3-0 pada perlawanan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu.



Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

“Apa yang saya katakan sebelum ini hanya ‘memanaskan’ keadaan di luar padang, orang Johor pun faham. Saya pergi ke Johor baru-baru ini, orang Johor pun okey saja. ‘Steady’ orang Johor,” katanya. BH

TMJ jangan bersara, nanti saya tiada saingan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker