Sumbangan Mahaad Tahfiz berpada – pada, jangan sampai Mudir dan pelajar berbaju kurung
SUMBANGLAH SESUATU YANG TERBAIK. BUKAN YANG KAMU TIDAK PERLUKAN LAGI.
Aku terperanjat biawak bila melihat salah satu #gerobokRezeki (salah satu sumbangan kebajikan yang diusahakan cikgu Mohd Fadli Salleh) yang diusahakan oleh sahabat prihatin dipenuhi dengan baju terpakai.
Gerobok ini untuk diletakkan sumbangan makanan untuk asnaf yang terputus bekalan tetapi ada hamba Allah letakkan baju terpakai.
Aku jadi kelu dan hilang kata kata. Benda ni berlaku sebelum aku buat gerobok disekolah lagi. Peel orang kita ni nak kemaskan rumah dengan barang yang tak perlu, barang yang tak guna diberi pada orang lain.
Sikap ini bagus cuma tak kena tempat. Bayangkan ada asnaf yang berlapar mai nak ambik makanan, yang ada ialah baju kebarung pinggang kerengga yang dipakai masa bertunang 18 tahun lampau.
Takkan nak balik buat kebarung masak kicap. Akai ada ka.
Ada yang beri makanan hampir basi
Saidina Umar beri kambing kepada jiran dan makan sisa roti kerana takut Mvrka Allah. Orang kita bagi pakaian yang dah kusam dan berbau hapak kepada pelajar tahfiz.
Itu belum kira makanan tak habis dan hampir basi. Agama mengajar kita memberi harta yang paling kita cintai bukan sebaliknya.
Jika mahu derma pakaian terpakai, ada disediakan charity box ditepi jalan atau buat saja jualan amal sebab yang beli tu memang dia nak.
Memang ada yang kata kain baju tu masih elok. Sayang kalau dibuang. Kalau hang sendiri takmau agak agak ada orang mau ka?
Larangan berbaju Melayu tak relevan – Muafakat Nasional Selangor
Semasa kejadian Tsunami beberapa tahun lampau, aku antara sukarelawan di Kota Kuala Muda. Di sebuah sekolah, baju terpakai sumbangan orang ramai dari seluruh negara penuh membukit satu dewan.
Hampir sama tinggi Gunung Jerai. Tiada yang ambil dan dipijak dilantai. Akhirnya terpaksa dikaut dengan jentolak, dibuang begitu sahaja.
Aku rasa kita perlu ubah. Kalau mahu beri pakaian, berilah yang baru atau beli dikedai. Barulah pemberian kita menjadi berkat.
Sampai ke ustaz berbaju kurung
Kesian yang menerima macam tahfiz dibawah. Sekali tengok kasihan, 2 kali tengok rasa nak ketawa. Sampai ke ustaz dia berbaju kurung anggun sekali. Haruuuu…
Yang paling sadis, pakaian dalam pun ada yang sumbangkan. Aduyai… Tapi apa pun niat tu dah baik tapi mungkin tak kena gaya.
Tapi tak apalah. Niat yang baik itu akan dipermudahkan Insyaallah. Takpa kita sama sama ubah. Kita bagi barang yang paling kita sayang. Allah akan ganti yang lebih baik lagi.
” Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Qs. Ali Imran: 92).
Sumber:FB cikgu Zahran
Inkues Nora Anne: Saksi lihat gadis kulit putih mandi tidak berbaju