Meronta-ronta sebelum meninggal dunia

Port Dickson: Seorang lelaki ditemui mati di kali lima di kawasan rumah terbiar Persatuan Bulan Sabit Merah di Jalan Lama, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat kematian lelaki itu daripada orang awam pada 11.18 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, ada seorang lelaki keturunan India tidak sedarkan diri di rumah kayu (terbiar) Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Ke-6 di Jalan Lama.

“Menurut saksi di tempat kejadian, dia terdengar bunyi bising seperti orang meronta-meronta dan ketika saksi tiba di situ, didapati lelaki itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, saksi kemudiannya menghubungi polis untuk makluman dan sudah menghubungi Hospital Port Dickson (HPD) untuk bantuan kecemasan.

“Pasukan perubatan mengesahkan kematian lelaki dikenali P Sevesamy berusia 54 tahun beralamat di No 2 lorong 4, Taman Sri Pertama Sungai Gadut, Seremban. Lelaki itu juga tidak bekerja.

“Hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu juga sudah bercerai dan mempunyai seorang anak yang kini tinggal bersama dengan bekas isteri,” katanya.

Aidi Sham berkata, menurut saksi di kuil berdekatan, lelaki itu sebelum ini dilihat kerap berada di kawasan rumah terbiar Persatuan Bulan Sabit Merah itu.

“Namun mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana lelaki itu selalu berseorangan di kawasan itu.

“Siasatan awal polis terhadap tubuhnya mendapati tiada sebarang unsur atau perlakuan jenayah dan mayat terus dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat pada pagi ini,” katanya.

Katanya, semakan mendapati lelaki itu ada rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan kes diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR). HM

Polis tahan pemandu mabuk di PD

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker