Dewan Rakyat kecoh, pembangkang tak puas hati dengan Azhar

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan selepas diputuskan melalui undian belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 110 menyokong, tujuh menolak, 31 tidak mengundi dan 72 tidak hadir.

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi belah bahagian.

Sebelum pengundian diadakan, Dewan Rakyat kecoh apabila pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar mengenai kebenaran mengundi kepada tiga Ahli Parlimen yang hadir ketika sedang menjalani kuarantin di rumah.



Tiga Ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan, Ahli Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran yang hadir mengundi di Dewan Rakyat, hari ini, dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.

Mereka memohon kebenaran kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk menghadiri sesi pengundian di dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, Parlimen tetap menjamin amalan demokrasi.



“DG Kesihatan (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) guna kuasa di bawah Seksyen 15 Akta 342 beri kebenaran khas 3 MP (Ahli Parlimen) dalam kuarantin datang mengundi dengan ‘complete PPE’.

“Pembangkang walk out (keluar), tak faham atau tak tahan,” tulisnya.

Ketika keadaan kecoh, pelbagai kata-kata dilontarkan kepada Azizan antaranya ‘shame on you’ dan ‘speaker tidak adil’.

Azhar kemudian mengeluarkan arahan supaya undian diteruskan juga.



“Kamu takut pengundian ke? Kita nak mengundi sekarang,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan diperuntukkan RM256,312 juta. HM

Saya juga cadang Umno terus sokong PN, tak kecoh pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker