IPD Belaga musnah terbakar

Sebaran :

Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran musnah 100 peratus dan tiada kematian dilaporkan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Drahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Khirudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.19 petang.

“Ketika ini, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah diatur gerak ke lokasi kejadian. Bagi operasi menyelamat dan pemadaman, kita telah meminta bantuan pasukan bomba sukarela Belaga,” katanya kepada Astro AWANI.




Difahamkan, kesemua bangunan di IPD Belaga adalah daripada kayu. Awani

Nak pergi mohon bantuan, motosikal pula terbakar


Sebaran :

Leave a Reply