Polis tahan pemandu mabuk di PD

Share

PORT DICKSON – [DIKEMASKINI] Polis menahan seorang penganggur yang memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk di Kilometer 5.5, Jalan Pantai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada jam 10.40 malam itu, polis mengarahkan lelaki berusia 45 tahun memberhentikan kereta Proton Iswaranya selepas dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu dia ditahan di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Kes akan dirujuk ke Mahkamah Majistret Port Dickson bagi permohonan reman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, pemeriksaan tidak menemui barang yang menjadi kesalahan, namun ujian saringan pernafasan mengesan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan.

“Tangkapan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.


“Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini,” katanya.
SH

Leave a Reply