Rumah paling sunyi

Reykjavik: Sebuah kediaman berwarna putih di kepulauan Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland dikatakan sebagai rumah paling sunyi di dunia.

Oddity Central melaporkan, ia berikutan kedudukannya yang terletak di tengah bukit dikelilingi lautan dan menjadi satu-satunya rumah yang berada di situ.

Rumah itu dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an dan pelbagai khabar angin, teori serta spekulasi dikaitkan dengannya selepas tersebarnya gambar kediaman berkenaan di Internet.

Antara dakwaan itu termasuklah kisah kononnya rumah itu dibina oleh seorang peniaga eksentrik sebagai tempat perlindungan zombie selain desas desus mengatakan ia milik seorang fanatik agama.

Malah penyanyi Iceland, Bjork pada satu ketika dulu pernah dikhabarkan memiliki tempat percutian itu dan berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau berkenaan.

Hakikatnya, bangunan itu hanya pondok berburu yang dibina pada tahun 1950 oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey, yang menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika datang memburu puffin iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan. HM

Bukan Saja Paling Aman Tapi Juga Paling Bersih

Leave a Reply