Tertekan temani bapa majikan berusia 104 tahun tidur sekatil

Singapura: Seorang pembantu rumah warga Myanmar mendakwa tertekan hingga mengalami gangguan mental akibat dipaksa tidur sekatil dengan bapa kepada majikannya yang berusia 104 tahun.

Tribun News memetik Lianhe Wanbou melaporkan, mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa bukan hanya diminta tidur sekatil tetapi terpaksa bangun setiap 30 minit untuk memimpin warga emas berkenaan ke tandas.

Pada masa sama, pembantu rumah itu ditugaskan menjaga ibu majikannya yang berusia 92 tahun sejak Disember tahun lalu.

Disebabkan tidak dapat membendung perasaannya, pembantu rumah berkenaan menangis ketika mengikut majikannya keluar berjalan.

Majikannya yang berusia 65 tahun menyedarinya dan melaporkan kepada polis selepas gadis itu enggan pulang ke rumah kerana bimbang pembantu rumahnya mencederakan diri.

Menurut laporan Chinese Daily, pembantu rumah itu mendedahkan mula menjaga bapa majikannya selepas lelaki berkenaan dibenarkan keluar dari hospital.

Katanya, dia dipaksa tidur sekatil dengan lelaki itu bagi memastikannya tidak jatuh dan memudahkannya memantau keadaan.

“Saya keberatan, tetapi anak majikan yang berusia 33 tahun memaksa hingga saya tidak dapat menolaknya.

“Saya akan dimarahi setiap kali datuknya enggan bersenam, makan terlalu lambat atau mengalami masalah di tandas. Keadaan itu membuatkan saya tertekan,” katanya.

Pembantu rumah itu juga mendakwa tidak dibayar gaji selain dihalang mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan telinga dan demam.

Namun, majikannya terlepas daripada pertuduhan dan menafikan dakwaan yang mengatakan bapanya hanya ke tandas setiap dua jam, bukan 30 minit seperti didakwa.

Lelaki itu berkata, anaknya mungkin bersikap kasar tetapi dia tidak diberitahu pembantu rumah berkenaan mengenai masalah kesihatan dihadapinya.

“Tahun ini, dunia dilanda Covid-19 dan kami tentunya bimbang jika dia demam.

“Jadi, kenapa pula kami mahu menghalangnya bertemu dengan doktor?.

“Soal gaji pula sudah sepakat untuk membayarnya setiap bulan mengikut perjanjian asal,” katanya.

Berikutan kes itu, pembantu rumah itu dipulangkan kembali ke agensinya.

Namun, wakil agensi itu tidak berpuas hati dan menghubungi ibu kepada majikan pembantu rumah serta menuduh keluarganya melakukan penganiayaan.

Agensi itu pada mulanya bercadang mengambil tindakan tetapi akhirnya memohon maaf atas keterlanjuran kakitangannya yang bersikap tegas kerana mahu membela nasib pekerja.

Ibu kepada majikan pembantu rumah itu juga memohon maaf atas sikap cucunya yang mungkin menimbulkan rasa tidak senang. HM

Polis cari amah dipercayai bunuh majikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker