Polis cari amah dipercayai bunuh majikan

POLIS memburu seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai terbabit dalam pembunuhan majikannya di sebuah rumah di Pasir Puteh, Ipoh, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa berusia 72 tahun yang dibunuh itu cedera di bahagian kepala sebelum mayatnya ditemui di dalam kediaman itu.

“Hasil siasatan awal setakat ini, suspek dikenali sebagai Siti Naisyah dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan bekerja sebagai pembantu rumah serta menetap bersama mangsa.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, malam ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir di talian 016-4888025 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Jalizulham Abdullah di talian 019-5716472.

HM

Siasatan Khas Kes Pembunuhan : Kit Siang terus meroyan -Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker