‘Doc’ dan ‘Li’ ada Asas Yang Kuat, Kerajaan Muhyiddin Akan Tumbang Esok – Kadir Jasin

Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata ada sesuatu di sebalik sidang media bersama dua ahli politik veteran, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya kedua-dua mereka – yang pernah bersama dalam kabinet suatu ketika dulu – meramalkan pada petang tadi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan jatuh esok.

Menurut A Kadir kedua-dua veteran terbabit merupakan sahabat walaupun ‘bermusuh’ dalam politik.



“Jadi apabila mereka berkongsi sidang media dan bercakap berkenaan kejatuhan kerajaan PN, tentulah mereka mempunyai asas yang kuat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial awal malam ini.

Peluang terbaik Mahathir, Ku Li satukan kembali orang Melayu

Petang tadi Mahathir dan Tengku Razaleigh – atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li – mengadakan sidang media bersama di sebalik kedudukan mereka dalam dua parti berbeza.



Tengku Razaleigh merupakan ahli parlimen Umno yang mewakili Gua Musang manakala Mahathir kini bergerak sebagai pembangkang melalui Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini didakwa tidak mengetuai sebuah kerajaan yang kukuh kerana kedudukan sokongan yang ada padanya begitu tipis malah tidak pernah dicabar di Dewan Rakyat.

Justeru Mahathir dan Tengku Razaleigh membayangkan mereka sedia membantu mengembalikan kedudukan negara ini seperti pernah dinikmati pada suatu masa dulu melalui pengalaman yang ada pada mereka.

 



Ku Li percaya Umno akan tinggalkan Bersatu pada PRU15

Tidak lama selepas sidang media itu berakhir Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan mengajak semua ahli parlimen menolak Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ketiga esok.

Kegagalan Belanjawan 2021 mendapat sokongan majoriti akan menjadi tamparan besar buat Muhyiddin dan kerajaan PN.



Menurut A Kadir ada kemungkinan sokongan di belakang Mahathir dan Tengku Razaleigh jauh lebih kuat berbanding apa yang pernah didakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini.

Sokongan itu juga, katanya, dipercayai bukanlah daripada pihak yang sama “kuat, utuh dan meyakinkan” seperti dimaksudkan Anwar.

A Kadir juga berkata menunjukkan keakraban dua ahli politik itu, Mahathir memanggil Tengku Razaleigh hanya sebagai Li, dan jika Tengku Razaleigh memanggil Mahathir dia hanya menggunakan gelaran Doc (untuk doktor).

Bekas penasihat media Mahathir itu kemudian melontarkan persoalan jika benar PN jatuh esok adakah mana-mana pihak memiliki sokongan mencukupi untuk mengambil alih kerajaan dan mengisi jawatan perdana menteri.



“Jadi kalau Doc dan Li ada sokongan lebih kuat daripada Anwar, siapakah calon mereka untuk ambil alih (kerajaan) daripada Muhyiddin dan PN?

“Apakah gabungan Mahathir dan Tengku Razaleigh ini lebih daripada sekadar sidang media bersama?” soalnya.

Negeri kuat UMNO, bertanding Parlimen, DUN tapi gagal beri kerusi pada UMNO, Pedihkan.. – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker