Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura

Mahkamah Rayuan Singapura menolak cubaan terakhir rakyat Malaysia, Kalwant Singh Jogindar Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman matinya pagi esok.

Wartawan hak asasi Singapura Kirsten Han berkata Kalwant gagal dalam permohonannya dan hanya keajaiban yang dapat menyelamatkan nyawa tahanan terbabit.

Turut akan menjalani hukuman mati bersama Kalwant di Penjara Changi nanti ialah seorang rakyat Singapura Norasharee Gous, yang menjadi tertuduh bersama.



Kalwant, 31, berusia 23 tahun apabila dia ditahan pihak berkuasa Singapura atas tuduhan berkaitan dadah.

Pelaksanaan hukuman itu nanti berlangsung hanya kira-kira dua bulan selepas seorang lagi rakyat Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam digantung sampai mati di republik terbabit.

Nagaenthran menjalani hukuman berkenaan pada 27 April lalu.

Singapura terus melaksanakan hukuman mati kepada banduan pada kadar yang membimbangkan tahun ini di sebalik bantahan 11 pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak bersetuju dengannya.



Menciap di Twitter Han berkata bahagian asas dalam permohonan Kalwant ialah mencabar fakta bahawa dia tidak diberikan Sijil Bantuan Substantif.

“Dia diakui oleh mahkamah sebagai penghantar dadah semata-mata; jika Kalwant diberi sijil tersebut, dia boleh terus hidup, bukannya dikenakan hukuman mati mandatori,” ciapnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker