Balai Polis Belaga musnah dijilat api, bomba harungi perjalanan 177km

 

KUCHING: Pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 177km bagi memadamkan kebakaran di Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, yang terletak kira-kira 720 kilometer (km) ke utara.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kebakaran itu dipercayai berlaku kira-kira 1.19 tengah hari dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“(Sebagai) tindakan awal, PGO turut menghubungi PBS (Pasukan Bomba Sukarela) Belaga untuk respons kebakaran tersebut.

“Perjalanan ke lokasi mengambil masa 4 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Bintulu,” menurut PGO menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Liwan Lagang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga berkata kebakaran itu melibatkan bangunan IPD Belaga dan Balai Polis Belaga yang berstruktur kayu dan zink.

“Laporan yang saya terima mengatakan kebakaran bermula dari bahagian pejabat (Jabatan Siasatan Jenayah) Narkotik yang dipercayai berpunca daripada litar pintas,” katanya.

Lima cedera terjun daripada flat yang terbakar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker