Pejabat Ketua Pembangkang nafi 10 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar

 

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pembangkang hari ini menafikan laporan berita yang menyebut 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maklumat diperolehi daripada sumber yang menyatakan sokongan termasuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai palsu.

“Kami menafikan laporan berita itu.

“Maklumat berkenaan juga disifatkan sebagai palsu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI pada Ahad.

Terdahulu, laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah (SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jajaran politik baharu negara, Amaran buat Muhyiddin Yassin

Menurut sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.

Pada Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk SD

 

10 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar termasuk Najib dan Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker