Khaled bidas kritikan Muhyiddin

Khaled bidas kritikan Muhyiddin

Naib Presiden Umno Khaled Nordin membidas kritikan Presiden Bersatu yang menyifatkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim “tidak boleh diharap”.

Beliau memahami kenyataan itu dibuat Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) memandangkan PRN akan diadakan di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, dan Kelantan.

“Sudah tentu beliau akan menggambarkan semuanya negatif kerana partinya hendak memenangi undi,” katanya Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi dan menteri pengajian tinggi di bawah pentadbiran Anwar.

“Kerajaan perpaduan ini baru berkuasa beberapa bulan dan pelbagai pembaharuan yang membabitkan perubahan struktur memerlukan masa,” katanya.

Dalam satu temu bual dengan FMT, Muhyiddin mengkritik pentadbiran Anwar kerana timbul banyak rungutan mengenai cara ekonomi dikendalikan, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar faedah, dan Bursa yang tidak bersemangat.

Khaled berkata, ada banyak perbezaan pentadbiran Anwar dengan Muhyiddin yang mengisytiharkan darurat negara pada 2021 untuk membendung wabak Covid-19 dan menggantung Parlimen semasa darurat, menyebabkannya dikritik hebat pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menolak dakwaan Muhyiddin bahawa “tiada apa-apa yang berlaku” selepas tujuh bulan kerajaan perpaduan memerintah, dengan mengatakan bahawa banyak inisiatif telah diperkenalkan.

Menurutnya, antara inisiatif meringankan beban rakyat dilaksanakan termasuk program e-tunai Belia Rahmah dilaksanakan baru-baru ini serta perubahan lain seperti nyah jenayah bunuh diri dan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Beliau menggesa pembangkang supaya berhenti bermain dengan polemik dan mula memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab untuk membina semula negara.

“Mereka tidak menawarkan sebarang dasar alternatif. Sebaliknya, mereka kebanyakannya menggunakan retorik perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan politik.

“Cakap-cakap PN yang berterusan mengenai pertukaran kerajaan yang bermula dari hari pertama sehingga kini, juga tidak membantu,” katanya. FMT

Khaled bidas kritikan Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker