Perogol paling terkenal di Korea Selatan dibebaskan

SEOUL: Perogol paling terkenal di Korea Selatan dibebaskan hari ini, selepas menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Bagaimanapun, berita pembebasan perogol itu mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan dan ancaman bunuh, sekali gus menyebabkan kehadiran lebih ramai polis untuk mengawal di luar rumah pemangsa seks itu.

The New York Times melaporkan, penunjuk perasaan berhimpun di luar penjara dekat selatan Seoul hari ini sambil melaungkan ‘hantar dia ke neraka!’ dan ‘kembirikan dia!’ ketika pembebasan Choo Doo-soon.



Doo-soon ditahan pada 2008 dan kemudiannya disabitkan dengan jenayah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Sejak itu, namanya menjadi sinonim dengan perlakuan seks lembut yang diterima di mahkamah negara itu.

Walaupun Dong-soon, 68, dibebaskan pada subuh tadi, orang ramai masih marah.

Gigit ‘anu’ perogol sampai putus



“Apa jenis negara ini, melindungi perogol?” laung penunjuk perasaan kepada Doo-soon yang dibawa keluar menaiki van kelabu milik kerajaan dengan perlindungan rapi pihak polis.

Terdapat beberapa penunjuk perasaan yang berbaring atas jalan raya sambil memegang papa tanda dan menjerit slogan dalam usaha menghalang pembebasan Doo-soon.

Pegawai polis bertindak mengalihkan halangan dan membina sekatan bagi membolehkan van yang membawa Doo-soon bergerak keluar.



Penunjuk perasaan dilihat menendang van dan melemparkan telur serta mengeluarkan kenyataan menghina.

Selain itu, Doo-soon juga menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa untuk menambah lebih ramai anggota polis termasuk kamera pengawasan di sekitar kediamannya.

Kemarahan orang ramai semakin membuak-buak dalam beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir.



Rabu lalu, Majlis Kebangsaan meluluskan undang-undang yang diberi nama ‘undang-undang Cho Doo-soon’ yang melarang individu yang disabitkan atas tuduhan melakukan serangan seksual kanak-kanak bawah umur dari meninggalkan kediaman mereka pada waktu malam atau pada waktu pelajar pergi balik sekolah.

Undang-undang itu turut melarang pelaku seks seperti itu pergi berhampiran sekolah.

Mahkamah Korea Selatan sudah sekian lama dituduh kerana memberi kelonggaran terhadap proses keadilan kepada penjenayah golongan kolar putih dan pesalah seks. – AGENSI

https://mykmu.net/2017/04/05/perogol-mangsa-netizen-kecam-star-online-kerana-memberi-gambaran-salah/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker