Tak apa Zahid minta maaf, yang penting Umno dedahkan PPBM dan Faizal lemah, kata Nur Jazlan

Peralihan kuasa di Perak mendedahkan PPBM sebagai parti “lemah” yang berpaut kepada Umno, justeru akar umbi parti itu tidak harus ‘beremosi’ atas tindakan Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada pimpinan PPBM dan PAS.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri, Saarani Mohamad.

“Kita sudah dapat (jawatan) menteri besar (dan) apa yang penting adalah menteri besar di bawah PPBM yang tidak mendapat sokongan dari wakil-wakil rakyat, sudah berhenti.

“Orang Umno perlu lihat fakta dan jangan terbuai dengan emosi. Akhirnya, (Umno) menunjukkan PPBM begitu lemah dan kini berpaut pada Umno,” kata Jazlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.



Beliau di tanya mengenai tindakan Zahid memohon maaf bagi pihak ADUN Umno atas ‘kekhilafan’ yang berlaku di Perak minggu lalu apabila Faizal meletak jawatan sebagai MB.

Beliau terpaksa berbuat demikian setelah 24 daripada 25 ADUN Umno menarik balik sokongan untuknya dalam undian usul percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jazlan berkata kesudian Zahid memohon maaf harus di lihat dari sudut yang betul.

“Ia bukan soal permohonan maaf dari Zahid kerana Umno Perak yang mahukan begitu. Permohonan maaf Ahmad Zahid adalah untuk mengamankan keadaan yang pada ketika itu hendak selesaikan masalah kemelut menteri besar. Kini ia sudah selesai,” katanya kepada FMT.



Semalam, menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, PPBM dan Umno-Barisan Nasional, Zahid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku di Perak.

Tindakan Zahid itu dilihat sesetengah pihak sebagai perakuan Umno bertindak salah terhadap PPBM dan Faizal sendiri dalam memaksa peralihan kuasa di negeri itu.

Ketua Umno Perak, Saarani yang juga Adun Kota Tampan, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Istana Iskandariah semalam.

Saarani dipilih menggantikan Ahmad Faizal yang meletak jawatan bersama seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 5 Dis, sehari selepas gagal mendapat sokongan menerusi usul undi percaya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.



Tambahnya, Pengerusi PPBM Muhyiddin Yassin juga perlu memohon maaf kepada Umno. Baginya, kemelut menteri besar ini berlaku adalah disebabkan kelemahan PPBM sendiri, yang bukan sahaja berlaku di Perak tetapi turut berlaku di Johor.

“Di Johor, PPBM hantar 2 pemimpinnya untuk jadi menteri besar dan kedua-duanya gagal. Tetapi, Hasni Mohammad yang kini merupakan menteri besar Johor, dia pandai pastikan sokongan terhadap diri dia. Walaupun dengan majoriti 2 kerusi sahaja.

“Sedangkan, Ahmad Faizal jadi menteri besar hampir 3 tahun, bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tetapi macam mana dia boleh tidak dapat sokongan. Akhirnya, Umno yang perlu selesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata, isu permohonan maaf Ahmad Zahid itu tidak seharusnya dijadikan isu, sebaliknya perlu melihatnya dari sudut pandangan lain. Baginya, ia merupakan tindakan mulia bahkan dituntut Islam.



“Jika ada sesuatu yang tidak kena, setelah dilakukan maka kita minta maaf, dalam Islam juga dituntut. Ia bukan mengeruhkan perhubungan tetapi menambah baik. Bagi saya, ia satu tindakan presiden Umno yang mesti dipuji kerana hendak mohon maaf bukan senang.

“Tetapi jika seseorang itu mohon maaf, ia untuk membaiki keadaan bukannya mengeruhkan keadaan. Tidak ada ruginya memohon, yang penting kita mahu berkuasa di negeri yang kita mempunyai wakil rakyat ramai. Itu penting,” katanya. FMT

Cukuplah Muhyiddin ‘ke sana ke sini’ cari sokongan – Nur Jazlan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker