Elak jangkitan COVID-19 di tandas, anak kapal disaran pakai lampin pakai buang

DI kala dunia masih lagi dilanda pandemik COVID-19, syarikat penerbangan di seluruh dunia tidak mampu berdiam diri, tetapi sibuk memikirkan kaedah bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat.

Pada 25 November, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengeluarkan garis panduan khas buat industri penerbangan negara itu, yang turut diawasinya.

Pelbagai cadangan diusulkan termasuklah memakai lampin pakai buang untuk cegah jangkitan COVID-19. -REUTERS

Dokumen yang dinamakan sebagai Garis Panduan Teknikal Pencegahan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan, Edisi Keenam, mengandungi nasihat mengenai amalan kebersihan terbaik untuk dilakukan ketika berada di dalam pesawat dan di lapangan terbang.

Menerusi garis panduan berkenaan, pelbagai cadangan diusulkan termasuklah dengan pemakaian alat perlindungan diri (PPE), pelitup muka, sarung tangan, gogel, pelitup kasut jenis pakai buang dan sebagainya.



Garis panduan tersebut memberi cadangan supaya anak kapal memakai lampin pakai buang.

Ya, lampin pakai buang dewasa kerana ini bagi memastikan mereka ini tidak perlu untuk ke bilik air menggunakan tandas.

Garis panduan itu menyebut, “ia adalah digalakkan supaya anak kapal memakai lampin pakai buang dan mengelakkan daripada menggunakan tandas tanpa tujuan khas bagi mengelakkan risiko jangkitan.”

Walaupun saranan itu agak dramatik, namun kita sendiri tidak dapat menafikan bahawa tandas di dalam pesawat merupakan tempat yang paling banyak kuman atau kotor di dalam kapal terbang.



Pada Ogos lalu, seorang wanita yang melakukan perjalanan dari Itali ke Korea Selatan dijangkiti COVID-19.

Menurut laporan, sepanjang destinasinya itu, dia hanya singgah untuk ke tandas dan itu merupakan satu-satunya ketika dia tidak memakai pelitup muka jenis N95.

Susulan itu, pihak terlibat mendapati wanita itu berkemungkinan dijangkiti sewaktu berada di bilik air pesawat berkenaan.

Seperti kita semua sedia umum, reka bentuk dan cara penggunaan bilik air di dalam pesawat ini sememangnya menjadi bualan orang ramai, meskipun sebelum adanya wabak COVID-19 ini dan ia kini dilihat sedang diusahakan untuk mencari jalan penyelesaian.



Syarikat penerbangan Jepun ANA mengumumkan awal tahun ini bahawa ia sedang menguji prototaip pintu tandas bebas tangan.

Sementara itu, Boeing berjaya memperkenalkan idea tandas yang boleh membersihkan secara automatik dengan menggunakan sinar UV untuk membersihkan 99.9 peratus kuman bilik mandi selepas setiap penggunaan-AWANI

‘Saya dah cakap’ – TMJ buka mulut setelah lama berdiam diri

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker