Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas

Kota Tinggi : Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir akibat licin ketika sedang melakukan kerja membaiki jeti berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata bomba menerima panggilan kejadian itu jam 5.04 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Mangsa berusia 24 tahun yang dipercayai tergelincir dari perancah ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau.

“Bomba dimaklumkan keadaan di lokasi ketika kejadian adalah hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Fadli berkata, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). HM

Dua beradik terjatuh di jeti: Adik ditemui lemas, kakak masih hilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker