Juruwang tergamam diacu pistol

ISKANDAR PUTERI – Dua pekerja sebuah kedai peralatan sembahyang terkejut selepas diacukan senjata dipercayai pistol dalam samun di Jalan Indah 5/6, Taman Bukit Indah di sini semalam.

Salah seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Ng, 21, dia dan rakannya ketika kejadian pada pukul 1.10 tengah hari sedang berada di kaunter.

Menurutnya, tiba-tiba masuk seorang lelaki dengan memakai topeng muka terus merampas telefon bimbit yang digunakannnya.

“Dia terus masuk ke kaunter suruh saya serta rakan sekerja duduk, seorang lagi rakan dia (suspek) masuk dan mengacukan sesuatu seolah-olah sepucuk pistol.



“Mereka terus membuka mesin wang sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta memecut laju,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ng berkata, dia tergamam dan terkedu dengan kejadian itu kerana selama dua tahun bekerja ini kali pertama insiden cemas itu terjadi ke atas dirinya.

Katanya, dia terus menghubungi majikannya memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Indah semalam.

Jelasnya, kerugian dianggarkan lebih RM1,000 selain sebuah telefon bimbit jenis Huawei 5T dilarikan suspek.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ujarnya, polis masih menyiasat laporan itu termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Setelah meneliti rakaman CCTV suspek dipercayai menggunakan senjata menyerupai sepucuk pistol dan disyaki pistol mainan,”katanya.-K! ONLINE

Ahli perniagaan berpangkat Datuk didakwa lakukan ugutan jenayah guna pistol ke atas wanita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker