Dua beradik terjatuh di jeti: Adik ditemui lemas, kakak masih hilang

TAWAU: Salah seorang daripada dua beradik yang terjatuh ketika mandi di jeti Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Jumaat lalu, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat mangsa, Madsum Telson, 5, ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengahari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasalam ketika dihubungi berkata sebaik menerima maklumat penemuan itu, anggota Maritim mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil mayat kanak-kanak terbabit.

“Ibu bapa mangsa yang berada di jeti Bergosong mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui itu ialah anak lelakinya sebelum jenazah mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat.

“Mayat kanak-kanak itu tiba di jeti Maritim pada jam 2 petang dan dibawa ke Hospital Besar Tawau menggunakan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau,” katanya
Bagaimanapun, seorang lagi kanak kanak perempuan yang merupakan kakak kepada mangsa, yang masih belum ditemui.

Terdahulu mangsa bersama kakaknya Nazwa Telson, 8, yang masih belum ditemui terjatuh ke dalam laut semasa mandi di jeti tersebut pada petang Jumaat lalu.
Keluarga mangsa mendapat tahu perkara itu selepas dua lagi rakannya yang mandi bersama mereka memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Penduduk kampung menggunakan lima bot dan bertindak awal mencari kanak-kanak terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Bergosong pada jam 6.30 petang hari kejadian.

Pihak Maritim Tawau menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Sejurus menerima maklumat tersebut, aset bot Maritim yang berada dalam sektor operasi telah digerakan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari yang sama. Awani

269 etnik Rohingya ceroboh perairan Langkawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker