Pemuda maut, ibu dan abangnya ditahan

 

Tanah Merah: Pemuda mati dengan dua kesan tikaman pada rusuk kiri dan kanan dipercayai bergaduh dengan abangnya di Kampung Bukit Curi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusoff berkata, kejadian itu terbongkar selepas doktor di sebuah klinik curiga dengan keterangan yang diberikan seorang wanita dan lelaki dipercayai ibu serta abang mangsa berusia 50-an dan 28 tahun.



Menurutnya, mereka itu membawa pemuda terbabit ke sebuah klinik untuk rawatan.

“Mereka memaklumkan kepada doktor bahawa mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kemalangan dan pinggangnya didakwa terkena sabit ketika sedang menebas di kawasan rumahnya.

Anak setan pukul ibu yang lumpuh



“Bagaimanapun, pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa yang juga warganegara Thailand itu sudah meninggal dunia.

“Berasa curiga dengan penerangan ibu serta abang mangsa, pihak klinik memaklumkan kepada pihak polis dan kedua-dua mereka ditahan untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Zainuddin berkata, hasil soal siasat kemudiannya ibu mangsa memaklumkan bahawa mangsa dan abangnya bergaduh di rumah mereka sejak malam tadi.

“Siasatan kes ini menjurus kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.



“Mayatnya dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat,” katanya.

MIC tarik balik keputusan sertai Perikatan Nasional



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker