MIC tarik balik keputusan sertai Perikatan Nasional

Sekutu lama Umno dan parti komponen Barisan Nasional, MIC minggu ini memaklumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ia menarik balik keputusan menyertai Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung M Asojan Muniyandi, dalam surat yang diihat FMT, bertarikh 24 Ogos, menjelaskan majlis tertinggi MIC membuat keputusan untuk menyertai PN dengan tanggapan Umno dan BN akan turut menyertai gabungan itu.

“Oleh kerana Umno tidak berhasrat untuk menyertai PN pada 29 Julai, maka keputusan majlis tertinggi MIC pada 10 Julai tidak boleh digunapakai dalam penyertaan keanggotan PN,” katanya.

Surat itu juga memaklumkan ia tidak lagi mahu pemimpinnya dianggap sebagai anggota jawatankuasa penaja PN.

“Berikutan itu, sehingga satu keputusan baru dibuat oleh majlis tertinggi MIC, keanggotaan pemimpin MIC sebagai ahli jawatankuasa penaja PN adalah tidak boleh digunapakai,” katanya.

Keanggotan MIC dalam jawatankuasa penaja PN dimaklumkan Pengerusi BN, Zahid Hamidi, kepada media pada 23 Ogos lalu.

Zahid berkata BN tiada masalah dengan penyertaan MIC kerana PN perlu didaftarkan, walaupun partinya sendiri tidak menyertai gabungan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dilapor berkata 5 parti menyertai pendaftaran PN. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker