Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 15 lelaki

KEMAMAN: Seoranak-kanak berusia 12 tahun mendakwa dirogol 15 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baharu dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang merupakan murid tahun enam mendakwa dirogol 15 lelaki berusia dalam lingkungan 12 hingga 19 tahun itu di dua rumah berasingan di antara pukul 4 petang hingga 3 pagi.

Katanya, mangsa dikatakan dibawa oleh suspek ke salah sebuah rumah lain yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah pertama.

“Kejadian terbongkar apabila mangsa yang dikatakan tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak oleh ahli keluarganya yang ingin tahu ke mana dia pergi.

Padah Lari Rumah, Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 3 Lelaki

“Mangsa kemudian menceritakan hal sebenar dan tampil membuat laporan polis pada Selasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Kemaman mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya menahan 10 lelaki petang semalam termasuk seorang penganggur berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

“Kesemua mereka ditahan reman sehingga Ahad ini dan kita masih mengumpul maklumat mengenai lima lagi lelaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 30 lelaki di bilik hotel

Remaja dirogol 6 lelaki warga asing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker