Najib mahu Faizal Azumu jawab tuduhan ini



Sebaran :

Datuk Seri Najib Razak mendakwa penilaian semula ke atas ladang sawit seluas 15,000 hektar yang dibuat pada tahun 2018 dan 2019 ketika harga sawit rendah.

Disebabkan itu, ladang sawit yang pernah bernilai RM1.03 bilion jatuh antara RM500 juta hingga RM525 juta.

Walaupun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan balasnya mendakwa cadangan menjual tanah berkenaan pernah dikemukakan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) pada tahun 2014 tetapi kelulusan tersebut diluluskan semasa beliau menjadid Menteri Besar Perak dan Pengerusi PPPNP pada tahun 2018.



Akhirnya tanah ladang itu dijual pada bulan April tahun ini, selepas Perikatan Nasional mengambil alih Kerajaan Perak, tegas Najib.

Bekas Perdana Menteri berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib pernah membuat rayuan Kerajaan Perak tidak menjual harga ladang sawit itu ketika harga komoditi itu rendah.

”Pada tahun 2019, Allahyarham ADUN Slim seru kerajaan Perak untuk tidak menjual ladang tersebut pada masa harga sawit rendah sebab ladang itu pernah dinilaikan sebanyak RM1.03 bilion.



”Peja juga tolak nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion semasa harga sawit tinggi seperti dinyatakan Allahyarham ADUN Slim yang pernah jadi pengerusi syarikat tersebut sebab penilaian dibuat semula pada tahun 2018 dan 2020 semasa harga sawit rendah menilaikan ladang sawit itu antara RM500 juta ke RM525 juta,” kata Najib sambil secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Faizal yang mengambil masa menjawab persoalan yang dibangkitkan olehnya.

Surat yang tular, mendakwa PPPNP juga telah memberi konsesi ladang seluas 746 ekar selama 30 tahun kepada Ketua Penerangan Armada PPBM Perak.
Semalam, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan Najib berhubung penjualan sebuah ladang sawit itu sebagai alasan UMNO menarik balik sokongan terhadapnya sebagai Menteri Besar.

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa ladang itu dijual menerusi rundingan terus tanpa tender dan mengulangi kenyataan Mohd Khusairi yang ladang itu bernilai RM1.03 bilion serta memberi keuntungan RM40 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri sebelum pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.



Bagaimanapun, Ahmad Faizal menolak dakwaan itu dengan berkata, PPPNP mempelawa 11 syarikat tempatan dan asing membuat bidaan antara 15 Mei hingga 30 September 2019.

Malah, Ahmad Faizal berkata, sebuah firma jurunilai bebas melakukan penilaian sebanyak empat kali sejak 2007, dengan dua penilaian terakhir ialah RM500 juta pada 2018 dan RM525 juta tahun ini.

Berdasarkan data PPPNP, Faizal berkata, ladang itu menyumbang dividen antara RM5.5 juta dan RM32 juta pada dekad lalu, dengan yang tertinggi berjumlah RM32.7 juta pada 2011.



Dalam pada itu, Najib juga mahu Ahmad Faizal menjawab surat yang sedang tular, mendakwa PPPNP juga telah memberi konsesi ladang seluas 746 ekar selama 30 tahun kepada Ketua Penerangan Armada PPBM Perak.

”Saya harap Peja boleh tolak tuduhan jahat ini agar reputasi kerajaan PN Perak tidak tercemar,” katanya. MG

Umno tolak Ahmad Faizal sebab jual ladang sawit kepada Singapura, kata Najib


Sebaran :


Leave a Reply