4 lelaki didakwa bunuh bekas pengarah Mardi

Sebaran :

PETALING JAYA: Empat lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bukit Bandaraya, Bangsar, 29 November lalu.

Ketua Polis Brickfields Anuar Omar berkata, suspek terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Wan Hassan Wan Embong, 71, maut apabila ditetak dengan parang oleh penjenayah yang memasuki rumahnya dalam kejadian 3.30 pagi.

Isterinya, Sarifah Yusof, 70, yang turut ditetak cedera di tangan kanan.

Anuar berkata, suspek sama juga akan didakwa atas tuduhan melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata di Setapak, Kuala Lumpur mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Pesara Mardi maut, isteri cedera ditetak dengan parang


Sebaran :

Leave a Reply