Selepas buat kajian, Kerajaan benarkan rentas negeri dilakukan

KUALA LUMPUR: Keputusan melonggarkan SOP dengan membenarkan perjalanan rentas negeri walaupun kes Covid-19 masih tinggi dibuat selepas kajian dilakukan bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun tetap komited melaksanakan pencegahan penularan Covid-19, walaupun kelonggaran dibuat termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah mulai Isnin lalu.

“Kerajaan sentiasa berusaha meredakan masalah Covid-19 dihadapi negara dan beberapa langkah diambil bagi mengimbangi keperluan menjaga kesihatan dan ekonomi, antaranya kebenaran merentas negeri dan daerah.



Rentas daerah, negeri kini dibenarkan

“Walaupun kes Covid-19 dilihat meningkat, keputusan ini buat berdasarkan kajian yang dilakukan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) sama ada KKM bersetuju dengan kelonggaran SOP kebenaran merentas negeri dan daerah walaupun peningkatan kes Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.



Aaron berkata, KKM sentiasa fokus dan tetap berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker