Rentas daerah, negeri kini dibenarkan

Rentas daerah dan negeri tidak lagi dilarang berdasarkan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian dikenakan bagi kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Individu yang ingin membuat perjalanan ke Sabah perlu menjalani ujian Covid-19 tiga hari sebelum masuk ke negeri itu.

Hanya mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai keputusan ujian negatif yang akan dibenarkan masuk.



Jelasnya, tidak akan ada lagi sekatan jalan raya polis mulai Isnin, tetapi akan meningkatkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Sementara itu had dua orang untuk setiap kereta juga tidak akan dikuatkuaskan lagi, dan jumlah penumpang bergantung pada kapasiti kenderaan.

Namun, Ismail mengatakan, kenderaan yang melebihi kapasiti akan ditahan kerana melanggar peraturan jalan raya.

Ismail juga berkata sekiranya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) diteruskan, KDNK negara akan kehilangan RM300 juta sehari. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker