Hajiji pesan pada penjawat awam, jangan dedah, salah guna dokumen rahsia rasmi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor mengingatkan penjawat awam Sabah jangan mendedahkan tanpe kebenaran atau menyalahgunakan dokumen rahsia rasmi, kerana ia boleh memberi kesan negatif pada pentadbiran kerajaan.

Tambahnya, ia juga boleh menjejaskan imej pentadbiran.

“Menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan adalah tanggungjawab serta amanah semua penjawat awam di negeri ini.

“Kerjasama semua ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini amat penting dan saya tidak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika berucap sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).



Hadi kepada Anwar : Dedahlah rahsia Pas, baru saya jawab.

Hajiji berkata, sistem dan tatacara semua agensi perkhidmatan awam negeri perlu dikaji serta diteliti agar tiada ruang dan peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan.

“Kesan rasuah ini amat dahsyat sekali hingga membawa kepada keruntuhan negara sepertimana sejarah terdahulu memperlihatkan tamadun hebat telah lenyap akibat rasuah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan hasil kajian persepsi keberkesanan tindakan pencegahan rasuah oleh SPRM, masyarakat di Sabah menzahirkan 93.3% sokongan dan 83.4% keyakinan terhadap usaha pencegahan rasuah.

Peratusan yang tinggi ini memperlihatkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah, katanya.



“Justeru, selaku ketua pentadbiran di Sabah, saya menyarankan agensi negeri mahupun persekutuan memperbanyakkan lagi kempen pemantapan integriti dalam kalangan rakyat Sabah, memandangkan isu kemerosotan integriti adalah persoalan pokok yang mendorong seseorang itu untuk melakukan rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan,” katanya.

https://mykmu.net/2018/05/07/agenda-dap-bukan-rahsia-lagi/

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker