Hadi kepada Anwar : Dedahlah rahsia Pas, baru saya jawab.

Bongkarlah Saudara Anwar, kata Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya bersedia dengan sebarang pendedahan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mahu membongkar pembohongan PAS di masa akan datang.

“Saudara Anwar kata mahu mendedahkan rahsia pembohongan PAS kepada umum.

“Saya jawab, biar dia dedah dululah, baru boleh jawab. Dia tak dedah kita tak boleh nak jawab,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook yang turut memuat naik video beliau ditemuramah media.

Hadi dan Anwar ketika bersekutu dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Turut berada dalam gambar pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Anwar memberi gambaran bahawa beliau akan terus membongkar “penipuan” yang dilakukan pemimpin PAS selepas isu pembayaran wang RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibuat secara perlahan-lahan.

“Tunggu masa, saya bongkar cerita sikit-sikit, koho-koho (perlahan-lahan). Tak boleh deras (cepat) semua sekali.

“Jadi saya terangkan masalah kes ini dulu,” katanya ketika berceramah pada program Bicara Perdana di Tanah Merah, baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi menjelaskan beliau terbuka untuk mengetahui kelemahan PAS.

“Kita bersedia, memang kita nak tahu apa kita punya kelemahan, kita terbuka,” katanya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker