Sokong Saarani Sebagai MB, Hasnul Bakal Dipecat Dari Bersatu?

Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata dia sedang menanti parti barunya – Bersatu – memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.

Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.



Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.

Ahmad Faizal terpaksa berundur dari jawatan menteri besar Perak selepas hanya mendapat keyakinan 10 daripada 59 Adun Perak, berbanding 48 undi yang menolaknya. Seorang Adun berkecuali atau membuat undi rosak.

Selain itu Hasnul Zulkarnain juga dikaitkan dengan perakuan bersumpah (SD) Adun Perak yang menyokong pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baru.

The Malaysian Insight melaporkan Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Hasnul Zulkarnain ekoran perkembangan di DUN Perak.



“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (menteri besar) semasa usul percaya.

Bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional sertai Bersatu

“Beberapa pihak dalam parti berpendapat beliau wajar dipecat kerana sudah beralih sokongan,” lapor portal itu yang memetik sumber kanan Bersatu.



Hasnul Zulkarnain berkata dia baru saja mendapat tahu mengenai hal berkenaan namun enggan memberikan sebarang ulasan.

“Saya pun baru dapat berita (mengenai pendirian Bersatu).

“Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan semua 25 Adun Umno dan seorang dari Bersatu menyatakan sokongan mereka kepada Saarani melalui SD agar Adun Kota Tampan itu dilantik menjadi menteri besar baru Perak.



Untuk menguasai sokongan di DUN Perak, seseorang calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi daripada wakil rakyat yang ada.

Majlis Tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk mempertahankan kerajaan PN di Perak yang membabitkan PAS dan Bersatu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker