Pas Kelantan masih mahu meneruskan MN atau tidak?

Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika PAS mengetepikan Muafakat Nasional (MN) yang sudah disepakati.

Setiausaha Umno negeri, Zaluzi Sulaiman berkata, pihaknya kurang jelas sama ada PAS ingin meneruskan MN atau sebaliknya selepas Menteri Besar Ahmad Yakob dilaporkan berkata, PPBM tidak boleh disisihkan dalam usaha mengekalkan perpaduan Melayu menerusi perjuangan politik.

Sementara itu, Akbar berkata Umno Kelantan akur terhadap sebarang keputusan presiden dan majlis tertinggi parti.

“Ini termasuklah keputusan berkaitan situasi di DUN negeri Perak dan juga kedudukan situasi kerajaan pusat.

“Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama PAS dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah,” jelasnya.

Pada 2 Dis lalu, Ahmad yang juga timbalan Mursyidul Am PAS berkata, “parti Melayu” mestilah tidak terhad hanya antara PAS dan Umno, tetapi perlu melibatkan parti lain, termasuk PPBM.

Ahmad membalas kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin yang dilaporkan berkata, usaha parti itu mendapatkan semula kuasa kerajaan menerusi kerjasama dengan PAS tidak patut dihalang sesiapa.

Menurut Khaled, Umno adalah parti politik Melayu tertua dan terbesar yang mempunyai mandat serta peranannya sebagai parti nasional dan menjadi teras kepada kekuatan politik orang Melayu-Islam.

Zaluzi berkata, Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang termeterai di peringkat kebangsaan bersama PAS dan bersetuju dengan agenda penyatuan ummah.

“Sekiranya PAS lebih cenderung untuk mengetepikan MN yang telah disepakati, Umno dan BN Kelantan bersiap sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihan raya DUN & Parlimen pada PRU ke 15,” katanya.

Patutlah PAS Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding UMNO…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker