Covid-19 : 1600 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Sebanyak 1,600 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,033 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak tiga kes import dilaporkan manakala baki 1,597 kes adalah penularan tempatan.

Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 541 kes diikuti Selangor 426 kes dan Sabah 248 kes,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Status Terkini #COVID19, 7 Dis 2020
Kes sembuh=1,033
Jumlah kes sembuh=62,306 kes
Kes baharu positif=1,600 kes (1,597 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=74,294 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=384 kes
Kes dirawat di ICU=129 kes
Bantuan Alat Pernafasan=57 kes

Pecahan kes baharu (1,600)

N.Sembilan
521 kluster sedia ada
13 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan

Selangor
44 kluster sedia ada
5 kluster baharu (Malawati)
99 saringan kontak rapat
276 lain-lain saringan
2 import

Sabah
61 kluster sedia ada
124 saringan kontak rapat
63 lain-lain saringan

KL
37 kluster sedia ada
33 kluster baharu (Awan Lembah)
18 kontak rapat
60 lain-lain saringan

Johor
75 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
12 lain-lain saringan

P.Pinang
45 kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Perak
48 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Kedah
12 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Labuan
3 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Kelantan
3 kluster sedia ada

Sarawak
1 saringan kontak rapat
1 import

Pahang
1 kluster sedia ada

Melaka
1 saringan kontak rapat

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Pada hari ini, 7 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,600 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 74,294 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,604 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,597 kes.

Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 541 kes (33.8 peratus), diikuti oleh negeri Selangor 426 kes (26.6 peratus) dan Sabah 248 kes (15.5 peratus). Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan di negeri tersebut. Kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara.

Secara keseluruhan, 584 kes (36.5 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan dengan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes), Kluster Matambai (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes)

2 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan warganegara.
Jumlah kes kematian kini adalah 384.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Malawati di Kuala Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah di KL dan Klang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker