CEO Kumpulan MARACorp digantung tugas?

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARACorp) Datuk Badlisyah Abdul Ghani dilaporkan digantung tugas.
Difahamkan beliau yang dilantik pada 3 September lalu digantung tugas pada November 2020 oleh Lembaga Pengarah MARACorp sementara menanti ‘siasatan’.
Namun, tiada perincian ‘siasatan’ yang dimaksudkan, didedahkan kepada Astro AWANI buat masa ini.
Menurut laporan beberapa portal berita, penggantungan tugas itu dilakukan atas desakan dua ahli Lembaga Pengarah MARACorp.

Cadangan tutup MARACorp khianati agenda bumiputera

Jawatan itu kini dipangku Noor Irwan Marmin, yang juga ahli Lembaga Pengarah di Pusat Industri Teknologi Perabot iaitu anak syarikat milik penuh MARA.
Selain itu dilaporkan seorang lagi ahli Lembaga Pengarah MARA Datuk Suhaili Abdul Rahman akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif MARACorp dan juga Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Eksekutif untuk tempoh dua tahun, bermula 1 Disember 2020.
Difahamkan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, juga sudah menandatangani surat pelantikan Suhaili sebagai Pengarah Eksekutif.
Wakil MARACorp ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Isnin mengesahkan tiada kenyataan rasmi boleh dikeluarkan buat masa ini.
Sementara itu Setiausaha Akhbar kepada Dr Abdul Latiff berkata beliau enggan mengulas isu berkenaan.
Astro AWANI juga sedang menghubungi Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun serta Suhaili untuk mendapatkan pengesahan.

Tutup Perniagaan MARA Untuk Jual Aset?



Selain tu Badlisyah yang turut dihubungi Astro AWANI masih belum memberikan sebarang maklum balas.
Badlisyah dipilih mengetuai proses memulihkan sayap pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) susulan pengalaman luasnya dalam sektor korporat termasuk sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan pengasas CIMB Islamic.
Beliau ketika dilantik ke jawatan tersebut segera mewujudkan pasukan yang disertai profesional bumiputera ke pasukan pengurusan serta merancang penstrukturan MARACorp termasuk pelan audit dan proses ketekunan wajar.
Justeru, penggantungan Badlisyah mungkin menganggu kesemua proses yang sedang dirancang MARACorp untuk mengukuhkan badan itu.
MARACorp diwujudkan pada 2014 bagi memastikan aset komersial MARA dan anak syarikatnya diuruskan oleh golongan profesional.
Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini bercadang mahu menutup MARACorp atas beberapa faktor termasuk memindahkan kawalan aset kepada MARA.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker