Ada pihak melaga-lagakan Pas, Bersatu dengan UMNO

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menasihatkan semua pihak di Perak agar membuat kajian dahulu mengenai situasi politik terkini di negeri itu.

Ulas Senator Dewan Negara itu, ada pihak cuba melaga-lagakan parti Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

“Krisis politik di Perak. Kerja melaga-lagakan Pas, Bersatu, UMNO sedang giat dilakukan. Selidik dulu, sebelum percaya dan sebar,” ulas beliau hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada krisis politik yang dihadapi Perak selepas bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) negeri itu.

Hanya 10 ADUN yang menyokong Faizal Azumu manakala 48 yang lain enggan menyokong usul percaya terhadap beliau.

Ekoran itu, Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar berkuatkuasa Sabtu lalu.

Semalam, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memberitahu, tiada mana-mana calon Menteri Besar Perak yang baharu memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak menolak kerjasama dengan pihak Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri setelah Pas dan Bersatu tidak mahu bekerjasama dengan pihaknya. MG

Pas tolak lamaran PH, setia dengan UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker