Tutup Perniagaan MARA Untuk Jual Aset?

oleh Ab Jalil Backer

Cadangan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Hasnita Hashim, untuk menutup kegiatan perniagaan dan pelaburan MARA adalah satu pengkhianatan kepada agenda pemerkasaan masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Menurut FMT, Hasnita dikatakan menulis surat kepada Perdana Menteri bahawa MARA tidak sepatutnya melabur dalam perniagaan dan kerajaan tidak pernah memperuntukkan dana untuk berbuat demikian kepadanya.

Saya tertanya-tanya sama ada tujuan sebenar cadangan penutupan ini adalah untuk membolehkan MARA menjual aset-aset perniagaan dan hartanahnya kepada pihak lain seperti mana yang dilakukan oleh Khazanah Nasional.

Realitinya tidak ada sebab untuk MARA menjual kepentingan-kepentingan perniagaannya dan hanya menumpukan kepada pendidikan dan latihan keusahawanan semata-mata.

Salah satu tujuan pembabitan MARA dalam perniagaan ialah bagi menjana pendapatan tambahan selain sumbangan Kerajaan Persekutuan.

Pendapatan dari cabang perniagaan ini membolehkan MARA berterusan membuat pelbagai program meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera.

Selain itu, pembabitan MARA dalam perniagaan turut membantu memperkasakan ekonomi bumiputera secara langsung dan tidak langsung.

Secara langsung MARA dengan kemampuan kewangan dan kepakaran mampu menaikkan ekuiti bumiputera dalam Bursa Malaysia dan mengimbangi kepentingan bumiputera dalam industri sederhana dan besar.

Secara tidak langsung pula, pembabitan MARA dalam perniagaan utama membolehkan usahawan bumiputera memasuki industri-industri utama ini dengan cara menjadi vendor kepada syarikat-syarikat utama MARA.

Pada suatu ketika dahulu MARA juga melabur dalam syarikat-syarikat bumiputera bagi membantu perkembangan perniagaan usahawan bumiputera.

Apabila syarikat-syarikat MARA dijual, ia tidak lagi akan mengambil kira kepentingan usahawan bumiputera lain dalam perkongsian kek ekonomi. Peluang usahawan bumiputera kecil untuk berkembang dengan lebih pantas juga akan terbantut.

Apabila cabang pelaburan MARA ditutup maka ia akan menipiskan peluang usahawan bumiputera untuk membesarkan perniagaan mereka dan bersaing dengan syarikat besar lain.

Inilah terjadi apabila rakyat memilih parti yang tidak lagi melihat kepentingan bumiputera sebagai sebahagian agenda kemakmuran negara.

Related Articles

One Comment

  1. Nasib baik PH tumbang dan Kaldai2 DAP ni kena halau dari MARA. Jika tidak MARA cuma tinggal nama.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker