Jota ditolak walaupun hanya berharga RM11,000

LIVERPOOL: Diogo Jota dilabelkan sebagai pembelian berbaloi dengan nilai £45 juta (RM245.54 juta) hanya sebulan selepas perpindahan mengejutkan ke Anfield.

Hanya memerlukan lapan minit untuk menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool dalam liga, enam gol dalam empat perlawanan dan hatrik dalam Liga Juara-Juara membuatkan pengkritiknya terdiam.

Sekiranya permulaan hebat itu benar-benar membuka mata, ia langsung tidak boleh dibandingkan dengan perpindahan pertamanya yang gagal kerana disifatkan terlalu berisiko dengan nilai hanya £2,000! (RM10,912).

Tujuh tahun lalu, Jota beraksi dengan Pacos de Ferreira, beberapa tahun sebelum penampilan pertama dalam Liga Primeira, Sepanyol.

Ketika Ivo Rodrigues melihatnya menyerlah bersama pasukan Bawah 19 Tahun Pacos dalam satu daripada 12 perlawanan dilihatnya sebagai pencari bakat Vitoria Guimaraes, dia meminta majikannya segera bertindak.

Rodrigues yakin dia sudah melihat permata dan ketika perjumpaan mingguan, pencari bakat kelab itu bertukar nota dengan tandatangan Jota menjadi keutamaan.

Memandangkan ketika itu dia hanya berada di akademi, dia hanya bernilai 2,400 Euro (RM11,000) termasuk yuran lain buat Pacos sebagai perjanjian tidak formal dan tidak tertakluk kepada proses perundangan.

Guimaraes bagaimanapun merasakan pemain remaja itu tidak memiliki pengalaman dan ia satu perjudian yang besar walaupun dengan harga semurah itu.

Namun tidak sampai setahun selepas itu, dia berhijrah ke Atletico Madrid dengan nilai £6 juta (RM32.74 juta) yang membuka laluan buatnya terus mencipta gemilang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker