Aishah Geram Usahawan ‘Claim’ Produk Berkesan, Padahal Kurus Hasil Pembedahan
Penyanyi Aishah meluahkan pendapatnya terhadap segelintir usahawan atau peniaga produk pelangsingan badan yang tergamak menipu pelanggan untuk meraih keuntungan.
Menerusi posting di Instagram, penyanyi berusia 55 tahun itu sedar terdapat pengusaha produk melantik duta yang telah kurus selepas menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) dan bukan hasil mengggunakan produk mereka.
“Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk2 kuruskan badan menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan bariatrik dan sebenarnya bukan kerana keberkesanan produk mereka,” tulisnya.
[VIDEO] Ditipu Jutawan Kosmetik , Wani Chomel Tuntut Pampasan..Netizen Pun Tumpang Sekaki Join…
Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu, dia berharap pihak berkuasa dapat memantau produk-produk seperti itu yang disifatkan sebagai ‘harapan palsu’ buat mereka yang berusaha gigih untuk menurunkan berat badan.
“Kesiankanlah mereka yang bertungkus lumus dengan berat badan dan ditipu dengan produk2 yang claim penurunan berat badan oleh duta adalah kesan dari produk mereka…
“…tetapi sebenarnya adalah hasil dari pembedahan bariatrik ini. Ini satu penipuan. Kesiankanlah pengguna,” luahnya.
Selain itu, penyanyi lagu Janji Manismu itu mengakui berdepan cabaran untuk mendapatkan berat badan lebih ideal selepas melakukan pembedahan tersebut dua tahun lalu.
“Dua tahun selepas pembedahan, saya dapat turunkan 33 kilogram dan masih berusaha untuk sampai ke ‘target weight’. The struggle is real, the pain is also so so real,” ujarnya.
Sumber: Wan Aishah Wan Ariffin
Kredit: OMM
1,000 peserta mulakan cabaran kurus secara maya hari ini
You must be logged in to post a comment.