193 ditahan gagal amal penjarakan fizikal

PETALING JAYA: Seramai 193 daripada 518 individu ditahan atas kesalahan mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan semalam kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan kedua tertinggi membabitkan aktiviti pusat hiburan, iaitu 119 orang, diikuti 71 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka, 58 akibat gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan 77 lagi atas kesalahan lain.

“Daripada jumlah itu, 517 individu dikompaun, manakala seorang individu direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, pihak berkuasa turut menahan 47 pendatang asing tanpa izin dan 2 kenderaan dirampas menerusi 292 sekatan jalan semalam.

Katanya, seramai 81,896 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu hingga semalam ditempatkan di 79 hotel dan 18 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka.

“Daripada jumlah itu, seramai 11,485 individu sedang menjalani kuarantin wajib, manakala 509 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.”

Katanya, seramai 69,902 individu dibenarkan pulang selepas selesai menjalani kuarantin wajib 14 hari.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker