Lelaki, kerbau maut terkena renjatan elektrik di Papar

Seorang lelaki bersama seekor kerbau maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di tepi pagar berhampiran tiang elektrik di hadapan rumahnya, di Kampung Kuala Papar, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring bersama kerbau terbabit kira-kira 6.30 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Roslie Jun berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.38 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang mangsa ditemui terbaring bersama seekor kerbau di kawasan tepi pagar hadapan rumahnya.

“Kawasan itu juga didapati berair.

“Hasil pemeriksaan awal, mangsa dikhuatiri terkena renjatan elektrik dari tiang elektrik yang terletak di bahagian hujung pagar berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslie berkata, pasukan bomba juga terpaksa menunggu bantuan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi memastikan kawasan itu selamat sebelum operasi dimulakan.

“Selepas pemeriksaan dibuat di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT

Penduduk Ulu Papar beri amaran ‘sumpah 7 keturunan’ jika bina empangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker