Masih ada pusat hiburan tak berlesen berani beroperasi

Kuala Lumpur: Seramai 15 individu ditahan manakala 24 lagi dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam dua serbuan berasingan di pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan di dua lokasi mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi ketika tempoh PKPB dilaksanakan.

“Serbuan di lokasi pertama polis menahan tujuh individu lima daripadanya adalah pelayan pelanggan warga Vietnam.

“Kompaun dikeluarkan terhadap 14 individu yang juga pelanggan di pusat hiburan berkenaan. Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan yang sah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

180 pengunjung pusat hiburan dikompaun ingkar SOP

Mohamed Mokhsein berkata, serbuan kedua di lokasi berhampiran pula menahan lapan individu termasuk lima pelayan pelanggan warga Vietnam dan Thailand.

“Seramai 11 individu yang juga penjaga kaunter dan pelanggan turut dikompaun kerana melanggar SOP PKPB.

“Polis merampas peralatan audio dan telefon pintar milik penjaga kaunter di pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (B) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” kata

Tarik lesen, tutup premis hiburan langgar PKP, tegas Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker