“Sudahlah Anak Dijaga Bekas Isteri, Nafkah Pula Kedekut, Haji Bakhil…” – Farah Lee
Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee, bukan seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air. Namun, perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu turut membuatkan dirinya dikenali khalayak ramai.
Hasil pernikahan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel Ally Iskandar. Namun perkahwinan mereka terputus di tengah jalan dan masing-masing turut membuat haluan sendiri.
Perpisahan bukan pengakhiran
Walau bagaimanapun, perkahwinan yang tidak menjadi itu sedikit pun tidak menjadi halangan buat wanita ini terus berjaya dalam hidupnya.
Malah, beliau kini lebih dikenali ramai kerana kegigihannya membesarkan anak seorangan diri di negara orang sebelum ini dan kini pulang ke Malaysia menjadi usahawan dengan pakaian jenamanya sendiri pula. Wahh hebatnya!
Tembakan pedas kepada bekas suami
Terkini posting terbaru Farah Lee di Instagram miliknya seakan tembakkan pedas kepada golongan bekas suami/ayah yang berkira-kira dalam memberikan nafkah kepada anak sendiri.
Sudahlah anak dijaga bekas isteri, nafkah pula diberi sedikit ibarat kedekut dengan duitnya.
Namun tidak dinafikan ada juga yang berteka-teki sama ada posting tersebut ditujukan kepada bekas suaminya sendiri iaitu Ally Iskandar atau sekadar luahannya sahaja.
Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka.
Nak-nak ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah Amin.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Farah Lee ni kan. Siapa setuju?? So para lelaki di luar sana, janganlah lepas tangan je ataupun terlalu bakhil sangat dengan anak-anak!-BawangRangers
You must be logged in to post a comment.