Dulu Pramugari Kini Jual Tong Gas

Demi kelangsungan hidup, seorang bekas pramugari sanggup mengetepikan rasa malu dengan menjual tong gas cecair petroleum (LPG).

Manila Bulletin melaporkan pekerjaan itu dilakukan Maurice Maureen Avila selepas diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu berikutan kerugian ditanggung syarikat penerbangannya akibat Covid-19.

Avila tidak menafikan sedih kerana sudah tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, iaitu bidang yang diminati.

Malah, apa yang berlaku membuatkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasibnya.

Namun, wanita itu akur dan cuba mengumpul kekuatan untuk bangkit semula meneruskan hidup.

“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Kini, Avila menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya walaupun rutin hariannya sudah berubah.

“Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya-HM

Demi Anak, Bekas Pramugari Cantik Ni Tak Malu Berniaga Di Tepi Jalan!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker