Tambah 5 lagi wanita tampil dakwa dirogol pendakwah muda, polis percaya ‘kemungkinan’ ada lagi mangsa

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima lima lagi laporan berhubung dakwaan kes rogol membabitkan seorang penceramah selebriti.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin, mengesahkan, siasatan sedang dijalankan terhadap suspek.

“Mungkin akan ada lagi laporan baharu selepas ini. Jadi kita menyeru kepada mereka yang terlibat supaya tampil, sekiranya mereka pernah menjadi mangsa suspek,” katanya kepada pemberita.

Jelas Noor Azam, suspek berusia 25 tahun itu digambarkan sebagai seorang berperwatakan baik, boleh menenangkan mangsa, selain menggunakan imejnya sebagai pendakwah bagi menyakinkan mangsa mendekatinya.

“Bila dia digambarkan sebagai pendakwah yang boleh menenangkan orang, ini yang menyakinkan mangsa disamping cara bercakap menjurus keagamaan menjadi tarikan kepada mereka,” katanya.

Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Ketika ditanya sama ada suspek menggunakan ilmu pengasih, jelas Noor Azam, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Segala maklumat mengenai cara mereka berkomunikasi dan berhubung sama ada melalui laman sosial Facebook atau Instagram, kita akan siasat lebih lanjut,” kata Noor Azam.

Beliau berkata, siasatan akan mengambil masa disebabkan mangsa lain mungkin malu untuk tampil kerana ia melibatkan maruah.

“Mangsa mungkin malu, jadi tidak boleh salahkan mereka. Perkara ini melibatkan maruah dan jika ada yang tampil membuat aduan, akan ada juga yang mengikutinya,” tambah beliau.

Pada 27 Nov, polis menahan penceramah berkenaan yang pernah menyertai rancangan realiti keagamaan popular di televisyen ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan merogol seorang wanita.

Suspek kemudiaannya dilanjutkan reman selama lima hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Guru pula tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti

Related Articles

One Comment

  1. Hebat Da’i ni,kasanova & perogol bersiri rupa²nya.Kalau tgk pada perawakannya mmng org tak sangka langsung.
    Kalau seorang je yg mendakwa jadi mangsa mungkin jugaklah ianya blh dianggap fitnah tapi skrg dah berderet² yg dtg balai buat laporan.
    Patutlh bapa dia sendiri pun tak percaya dgn dia.Yalah seorg ayah yg membesarkannya sejak kecil sampai dah besar panjang,so dia mmng tahu sgt² & faham bebenau perangai anak dia.
    Harap² lps ni kalau ada pihak yg nak buat rancangan realiti berbentuk dakwah,diharap tapis & selidiki dahulu latarbelakang serta rekod peribadi & kesihatan mental serta fizikal setiap peserta yg mengambil bahagian.
    Jgn sampai perkara seperti ini berulang lagi.Skrg ni perogol bersiri yg gila seks,jgn nanti dpt pembunuh bersiri pulak yg menang, dpt jadi Da’i.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker