Muafakat Nasional Hanya Ilusi

oleh Zam Yahaya

Hampir Semua Posting Di Media Sosial Yang Saya Baca Menolak PPBM. Tapi Banyak Juga Komen Komen Yang Masih Menjerit Saya Mahu Muafakat Nasional! Hanya Muafakat Nasional! Hanya Muafakat Nasional Yang Saya Pilih.
Ramai Yang Masih Tidak Mahu Terima Kenyataan. Ramai Yang Tidak Berpijak Di Bumi Yang Nyata. Ramai Yang Masih Berilusi Dan Ramai Juga Yang Masih Tidak Faham Dan Ada Juga Yang Benar Benar Tidak Tahu Yang Muafakat Nasional Hanya Tinggal Nama Di Atas Batu Nisan.
Sebenarnya ramai yang nampak situasi ini dah berlaku sejak beberapa bulan dulu lagi. Dan ada juga segelintir yang yakin ianya akan berlaku setelah Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataannya yang PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO tanpa PPBM.
Apabila PAS masuk PN secara rasmi pun masih ramai yang mengharap tentang kerjasama UMNO-PAS melalui Muafakat Nasional.

Banyak kata-kata yang berbelit-belit daripada beberapa pemimpin UMNO yang tidak mahu berterus terang.

Kemudian apabila salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri mengatakan bahawa BN akan mengelak pertembungan dengan PN barulah ramai yang faham yang kita dah secara rasmi bekerjasama dengan PN, tak kiralah pakai logo dacing ke, logo keris ke atau logo spanar ke, Muafakat Nasional sudah out of the picture!

Tapi masih ramai lagi yang tidak faham. Mereka mahu pemimpin UMNO cakap macam ni baru mereka faham, “UMNO akan bekerjasama dengan PN pada PRU15. Itu bermakna BN juga tidak akan bertanding di mana PN bertanding. Itu juga bererti yang UMNO tidak akan meletakkan calon dimana PPBM dan PAS meletakkan calon mereka. Itu juga bererti kerjasama macam PRK Sabah. Itu juga bermakna UMNO, MCA, MIC akan berkongsi kerusi dengan PPBM dan PAS. Itu juga bermakna pendaftaran Muafakat Nasional tak diperlukan lagi buat masa ini.

Pemimpin-pemimpin UMNO kena buat statement macam ni baru semua orang faham. Tapi mungkin mereka sengaja tak nak buat akar umbi betul-betul faham sebab mereka mahu bermain teka-teki dan terus berilusi semoga seorang Putera Raja akan muncul mencium katak yang akan bertukar menjadi seorang Puteri yang cantik rupawan!

Tapi Terimalah Kenyataan Yang Katak Itu Telah Dimakan Oleh Seekor Ular. Ngap! Game Over. Finito. Adios! Ciak Bo Liaw. Illek Poochi!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker