12 anggota sindiket Macau Scam direman 21 hari

IPOH: Seramai 12 individu termasuk empat warga tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti Macau Scam membabitkan kerugian kira-kira RM11 juta direman selama 21 hari bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, N Priscilla, mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA sehingga 23 Dis.

Semua mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita yang berusia antara 20 hingga 26 tahun ditahan dalam satu operasi di sebuah pangsapuri di Seri Petaling, Kuala Lumpur, pada Okt.



Tangkapan tersebut susulan laporan polis daripada seorang mangsa pada 19 Okt yang mengalami kerugian RM67,000 selepas menerima panggilan daripada suspek.

Media melaporkan sindiket itu dipercayai beroperasi selama dua tahun dan bertanggungjawab ke atas 76 kes penipuan sindiket Macau Scam melibatkan jumlah kerugian RM11 juta.

Berdasarkan modus operandi sindiket itu, mereka menipu mangsa dengan menyamar sebagai pegawai Pos Laju dan polis.

Sindiket berkenaan dipercayai melakukan aktiviti penipuan tersebut di luar negara sebelum kembali ke negara ini dengan mensasarkan warga tempatan.



Macau Scam: Artis lelaki, wanita akan dipanggil SPRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker