Sediakah Annuar Musa ‘sembelih’ anak sendiri di Ketereh?

Sediakah Annuar Musa ‘sembelih’ anak sendiri di Ketereh?

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mungkin melalui laluan berliku untuk merealisasikan misi peribadinya bagi memastikan UMNO tidak menang di Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, seandainya anak lelaki beliau terpilih sebagai calon mewakili UMNO.

Ini kerana anak Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu, Afiq Amani Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, disenarai antara 155 nama yang dikemukakan UMNO negeri untuk dipilih sebagai calon dalam PRN nanti.



Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman, mengesahkan nama Afiq Amani diangkat kepemimpinan UMNO Bahagian untuk disenarai sebagai calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Ketereh.

“Afiq Amani antara orang muda yang kita senaraikan nama, namun segala-galanya terserah kepada pucuk pimpinan parti yang memutuskannya kerana setiap DUN kita menyenaraikan lima nama.

“Nama calon setiap DUN dikemukakan bahagian masing-masing selepas mereka rasakan individu berkenaan layak dan menepati piawaian sebagai calon.

“Kita senaraikan nama berdasarkan kapasiti kebolehan selain penerimaan calon berkenaan di DUN masing-masing, bukannya disebabkan anak kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi.



Media sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) Kelantan menghantar 155 nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN.

Daripada jumlah itu, BN Kelantan menampilkan 70 hingga 80 peratus sebagai calon baharu dan seterusnya bergantung kepada kepemimpinan pusat untuk menentukannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Afiq Amani tersenarai sebagai calon di mana-mana kerusi DUN, maka terpulang kepada Annuar sama ada mahu ‘menyembelih’ anaknya sendiri.

“Alhamdulillah proses pemilihan calon berjalan lancar dan kita yakin tiada unsur ‘cah keting’ dalam UMNO selepas nama calon diumumkan nanti,” katanya.



Sebelum ini, Annuar yang kini menyertai PAS memaklumkan dirinya tidak kisah seandainya tidak bertanding sebagai calon dalam PRN kali ini, asalkan UMNO tidak menang. BH

Sediakah Annuar Musa ‘sembelih’ anak sendiri di Ketereh?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker