Ismail Sabri buat laporan polis, anggap diri difitnah

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan membuat laporan polis berkaitan artikel yang dianggapnya memfitnah beliau baru-baru ini.

Beliau yang tidak mengulas secara terperinci artikel berkenaan berkata, perkara itu membabitkan hal peribadinya.

Ismail Sabri dalam masa yang sama yakin artikel berkenaan merupakan fitnah terancang ditujukan dalam kalangan pemimpin kerajaan.

“Memang benar ada laporan polis daripada pegawai saya, kerana ada laporan yang saya boleh anggap sebagai satu fitnah yang dimaklumkan fitnah yang terancang yang bertujuan dibuat untuk memfitnah pemimpin-pemimpin daripada kerajaan ini.

“Saya salah seorang yang dikaitkan, walaupun orang politik kita biasa perkara seperti ini tetapi fitnah, kita tidak benarkan,” katanya pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau menyerahkan isu itu sepenuhnya kepada pihak polis untuk diselesaikan.

“Jadi memang telah dilaporkan kepada pihak polis, jadi kita serahkan kepada pihak polis jadi saya tidak mahu ulas kerana ia melibatkan peribadi saya,” tambahnya.

Pada Ahad lalu, viral beberapa keping gambar menunjukkan Ismail Sabri sedang menikmati makan di sebuah warung bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauh Yusof.

Walaupun kedudukan masing-masing berada dalam penjarakan ditetapkan, tetapi sudut gambar yang diambil dari sisi menampakkan seolah beliau duduk berhimpitan antara satu sama lain. MG

Rauf difitnah rogol wanita di bilik hotel, “mangsa” buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker