SPRM kesan 2 individu bantu siasatan kes salah guna cap sempadan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lelaki yang sedang dicari ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

Manakala, wanita yang ingin dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu penolong penguasa, Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

Sebelum ini dilaporkan 65 individu terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam ditahan menerusi Op Selat, berkaitan kes pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Op Selat merupakan operasi yang digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Kawalan ketat sempadan penting untuk cegah jangkitan Covid-19, kata Noor Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker