PRU-15: 7 juta anak muda jadi penanda aras kepada UMNO

Terkini di My KMU !!!!---->

Jika hendak digarapkan sebagai parti yang progresif dan dinamik, UMNO perlu mengambil pandangan, cadangan dan maklum balas dari semua pihak dalam situasi landskap politik tanah air hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah berkata, sebagai seorang berpegang pada asas perjuangan parti yang ingin melihat UMNO terus relevan dan kukuh di hati rakyat, parti harus bersedia dalam konsep politik dinamik dan progresif tanpa meninggalkan asas pengukuhan parti.

Jelas beliau, tujuh hingga lapan juta anak muda akan menjadi penanda aras kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) akan datang.

Katanya, apa yang UMNO harus lakukan? Pertama, bersedia menawan hati mereka, dan bersedia juga menawan kembali hati pengundi semi bandar dan luar bandar.

“Boleh dikatakan rata-rata maklum balas rakyat dan akar umbi kini sudah kembali menyatakan sokongan pada UMNO untuk terus kekal kukuh.

“Manakala majoriti mahukan 40 peratus calon muka baru dalam PRU 15 akan datang, tetapi tidak setuju dengan pemimpin yang seperti api dalam sekam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Armand Azha yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, kerjasama kepimpinan lama dan baru dalam pengukuhan parti serta negara amat ditunggu-tunggu oleh pendokong parti dalam suasana politik baru negara hari ini.

Beliau yakin di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan parti, sedang mengkaji semua sudut serta menilai semua pandangan akar umbi demi masa hadapan UMNO sebelum menghadapi PRU 15. MG

Lepas teguran Najib, kadar sewa kuarters di Putrajaya tak dinaikkan

Leave a Reply